Skip to content

Seksyen 6

Larangan berhimpun dan berarak

of Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 5) 2020

P.U. (A)In forceProvision 6 of 13
Seksyen 6
(1)

Tiada seorang pun boleh dalam apa-apa cara menyertai atau terlibat dalam apa-apa perhimpunan atau perarakan, sama ada bagi maksud ekonomi, keagamaan, pendidikan dan pembelajaran, sukan, rekreasi, sosial atau kebudayaan.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), seseorang boleh berhimpun atau terlibat dalam suatu perhimpunan bagi pengebumian dengan syarat orang yang hadir ke pengebumian itu tidak melebihi dua puluh.