Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (PELAN PEMULIHAN NEGARA) (FASA PERALIHAN KE ENDEMIK) 2022

Seksyen 9

(1)

Pegawai diberi kuasa boleh mengarahkan mana-mana orang yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen, yang memasuki Malaysia dari luar negara untuk menjalani pemeriksaan kesihatan apabila tiba di Malaysia di mana-mana pintu masuk sebelum mendapatkan pelepasan imigresen, atau di mana-mana tempat lain yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Mana-mana orang yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh seseorang pegawai diberi kuasa.

(3)

Jika mana-mana orang telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di bawah subperaturan (2), pegawai diberi kuasa boleh mengarahkan orang itu untuk memakai peranti pengesanan.

(4)

Mana-mana orang yang memusnahkan, merosakkan, menghilangkan atau mengubah peranti pengesanan itu melakukan suatu kesalahan.

Pengasingan atau pengawasan orang yang dijangkiti dan orang yang disyaki

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (PELAN PEMULIHAN NEGARA) (FASA PERALIHAN KE ENDEMIK) 2022