Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(1)
Bagi maksud untuk mencegah dan mengawal merebaknya
Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) di tempat kerja, seseorang pegawai diberi kuasa boleh mengarahkan mana-mana majikan yang mengambil kerja seseorang pekerja asing supaya menyebabkan pekerja asing itu menjalani ujian pengesanan
Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), dan majikan itu hendaklah menanggung fi, kos atau caj bagi ujian itu.
(2)
Bagi maksud peraturan ini, “pekerja asing” ertinya pemegang Pas Lawatan
(Kerja Sementara) yang dikeluarkan di bawah peraturan 11 Peraturan-Peraturan
Imigresen 1963 [F.L.N. 228/1963].
Kos dan perbelanjaan yang dikenakan atau ditanggung bagi layanan perubatan dan penyaraan di stesen kuarantin 12.
(1)
Jika seseorang pegawai diberi kuasa menyebabkan supaya mana-mana orang dipindahkan ke suatu stesen kuarantin bagi rawatan di bawah seksyen 14 Akta atau jika seseorang pegawai diberi kuasa mengarahkan supaya mana-mana orang menjalani pemerhatian atau pengawasan di mana-mana tempat di bawah seksyen 15
Akta, orang itu hendaklah membayar apa-apa kos dan perbelanjaan yang dikenakan atau ditanggung bagi layanan perubatan dan penyaraan orang itu di stesen kuarantin atau tempat itu.
(2)
Jika seseorang pegawai diberi kuasa menyebabkan supaya mana-mana pekerja asing dipindahkan ke suatu stesen kuarantin bagi rawatan di bawah seksyen 14 Akta atau jika seseorang pegawai diberi kuasa mengarahkan supaya mana-mana pekerja asing menjalani pemerhatian atau pengawasan di mana-mana tempat di bawah seksyen 15 Akta, majikan yang mengambil kerja pekerja asing itu hendaklah membayar apa-apa kos dan perbelanjaan yang dikenakan atau ditanggung bagi layanan perubatan dan penyaraan pekerja asing itu di stesen kuarantin atau tempat itu.
P.U. (A) 83 7
Mendapatkan balik kos dan perbelanjaan sebagai hutang sivil 13.
(1)
Apa-apa kos dan perbelanjaan yang terhutang dan kena dibayar oleh mana-mana orang di bawah peraturan 12 boleh didapatkan balik sebagai suatu hutang sivil yang kena bayar kepada Kerajaan.
(2)
Walau apa pun sabitan mana-mana orang di bawah peraturan 18, apa-apa kos dan perbelanjaan yang terhutang dan kena dibayar oleh orang itu di bawah peraturan 12 boleh didapatkan balik sebagai suatu hutang sivil yang kena bayar kepada Kerajaan.
Pengangkutan awam 14.
(1)
Walau apa pun jumlah kapasiti maksimum bilangan penumpang yang boleh dibawa di dalam mana-mana pengangkutan awam darat, laut atau udara, seseorang pemegang lesen atau permit mana-mana pengangkutan awam darat, laut atau udara untuk membawa penumpang hendaklah, semasa dalam mana-mana fasa yang ditetapkan, memastikan pengangkutan awam yang berhubungan dengan lesen atau permitnya membawa bilangan penumpang tertakluk kepada apa-apa arahan dan syarat yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Apa-apa arahan dan syarat yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah subperaturan
(1)
hendaklah disiarkan dalam laman sesawang
Majlis Keselamatan Negara.
Peruntukan khas berhubung dengan kawalan pergerakan di dalam Negeri Sabah dan Sarawak 15.
(1)
Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam Peraturan-Peraturan ini, kawalan pergerakan, langkah, dan apa-apa syarat bagi kawalan pergerakan dan langkah itu, bagi maksud untuk mencegah dan mengawal merebaknya
Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) di dalam Negeri Sabah dan Sarawak, hendaklah sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.
P.U. (A) 83 8
(2)
Apa-apa arahan dan syarat yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah subperaturan (1) hendaklah disiarkan dalam laman sesawang Majlis
Keselamatan Negara.
Permintaan maklumat 16.
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh meminta apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit daripada mana-mana orang atau kumpulan orang.
Arahan Ketua Pengarah 17.
(1)
Ketua Pengarah boleh, semasa dalam mana-mana fasa yang ditetapkan, mengeluarkan apa-apa arahan dan syarat mengikut apa-apa cara, sama ada secara am atau khusus, kepada mana-mana orang atau kumpulan orang supaya mengambil apa-apa langkah bagi maksud mencegah dan mengawal apa-apa penyakit berjangkit di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan.
(2)
Apa-apa arahan dan syarat yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah subperaturan
(1)
hendaklah disiarkan dalam laman sesawang
Majlis Keselamatan Negara.
Kesalahan 18.
(1)
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan
Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana arahan dan syarat Ketua Pengarah atau seseorang pegawai diberi kuasa melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(2)
Jika mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah
Peraturan-Peraturan ini ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau
P.U. (A) 83 9
yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau membantu dalam pengurusannya—
(a)
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu; dan
(b)
jika syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
(i)
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; dan
(ii)
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
Pembatalan dan kecualian 19.
(1)
Peraturan-Peraturan
Pencegahan dan
Pengawalan
Penyakit
Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan
Negara) 2021 [P.U. (A) 293/2021] dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan
Penyakit Berjangkit (Layanan Perubatan dan Penyaraan Orang yang Dipindahkan ke Stesen Kuarantin) (No. 2) 2020 [P.U. (A) 233/2020] dibatalkan.
P.U. (A) 83 10
(2)
Apa-apa arahan Ketua Pengarah yang dikeluarkan atau disifatkan telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan
Negara) 2021 hendaklah disifatkan telah dibuat di bawah Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah terus kekal berkuat kuasa melainkan jika dibatalkan oleh Ketua Pengarah.
(3)
Apa-apa kos dan perbelanjaan yang terhutang dan kena dibayar di bawah peraturan 2 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
(Layanan Perubatan dan Penyaraan Orang yang Dipindahkan ke Stesen Kuarantin)
(No. 2) 2020 sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah didapatkan sebagai suatu hutang sivil seolah-olah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit (Layanan Perubatan dan Penyaraan Orang yang
Dipindahkan ke Stesen Kuarantin) (No. 2) 2020 tidak pernah dibatalkan.
Dibuat 30 Mac 2022
[KKM.600-29/4/146 Jld.2 (30); PN(PU2)470/Jld. 7]
KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
Menteri Kesihatan
P.U. (A) 83 11
PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES ACT 1988
PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES
(MEASURES WITHIN INFECTED LOCAL AREAS) (NATIONAL RECOVERY PLAN)
(TRANSITION PHASE TO ENDEMIC) REGULATIONS 2022