Malaysia legislation
Section 125
of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN KEGANASAN (ORANG TAHANAN) 2015
Seksyen 125
(a)
memeriksa tiap-tiap orang tahanan dengan seberapa awal yang boleh selepas diterima masuk dan hendaklah membuat catatan dalam Rekod yang dikehendaki oleh peraturan 17;
P.U. (A) 206 66
(b)
memeriksa tiap-tiap orang tahanan sebelum orang tahanan itu dibenarkan menjalani latihan;
(c)
memeriksa tiap-tiap orang tahanan sebelum dibebaskan, dipindahkan atau dialihkan;
(d)
melawat dengan seberapa kerap yang perlu orang tahanan yang sakit;
(e)
semunasabah mungkin, melawat tiap-tiap kanak-kanak yang menemani tahanan wanita sekerap yang perlu;
(f)
melawat tiap-tiap orang tahanan sekali seminggu;
(g)
melawat tiap-tiap orang tahanan yang dikenakan pengurungan dalam sel hukuman atas diet terhad yang ditetapkan sekali sehari;
(h)
pada masa yang tidak ditetapkan, memeriksa orang tahanan semasa latihan;
(i)
berjumpa dan merawat orang tahanan yang mengadu sakit;
(j)
mengarahkan apa-apa ubah suaian latihan, diet dan hukuman dalam hal tertentu sebagaimana yang difikirkannya perlu;
(k)
memastikan bahawa berat badan orang tahanan direkodkan dan hendaklah mengkajinya semula secara berkala; dan
(l)
melaporkan secara bertulis kepada Pegawai yang Menjaga mana-mana orang tahanan yang difikirkan perlu diambil perhatian atas alasan perubatan, dan seterusnya membuat apa-apa syor sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi mengubah tatatertib atau pemerlakuan terhadap tahanan.
P.U. (A) 206 67
Buku rawatan dan jurnal