Seksyen 124
of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015
P.U. (A)In forceProvision 124 of 158
Seksyen 124
(1)
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan hendaklah melantik sebilangan orang Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian
Kerajaan sebagai Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian tempat tahanan sebagaimana yang difikirkannya perlu.
(2)
Jika hal keadaan tidak membenarkan pelantikan di bawah perenggan (1)
dibuat, maka Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan boleh melantik mana-mana pengamal perubatan berdaftar atau doktor gigi berdaftar sebagai Pegawai Perubatan atau Pegawai Pergigian bagi mana-mana tempat tahanan yang dinyatakan.