Skip to content

Seksyen 126

Buku rawatan dan jurnal

of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015

P.U. (A)In forceProvision 126 of 158
Seksyen 126

(1)

Pegawai Perubatan hendaklah mencatat dalam buku rawatan, yang hendaklah disimpan dalam tempat tahanan dan yang boleh dilihat oleh Pegawai yang

Menjaga, nama, penyakit, keadaan dan rawatan bagi tiap-tiap orang tahanan yang sakit.

(2)

Pegawai Perubatan hendaklah juga menyimpan suatu jurnal yang hendaklah dicatatkan tegurannya setiap hari mengenai keadaan tempat tahanan dan orang tahanan.

Pemeriksaan tempat tahanan, dsb.