Seksyen 128
Kematian orang tahanan
of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015
P.U. (A)In forceProvision 128 of 158
Seksyen 128
(1)
Pegawai Perubatan mencatat ke dalam buku rawatan butir-butir yang berikut:
(a)
masa dan tarikh penyakit atau kemalangan mula-mula diketahui;
(b)
masa dan tarikh kematian itu dilaporkan kepadanya;
(c)
masa dan tarikh orang tahanan dirujuk kepada hospital kerajaan;
(d)
bila penyakit itu menjadi bahaya;
(e)
jenis penyakit atau sebab lain kematian;
(f)
apa-apa tanda khas yang dia dapati perlu; dan
(g)
keputusan pemeriksaan bedah siasat, jika ada.
P.U. (A) 206 68
(2)
Pegawai Perubatan hendaklah melaporkan secara bertulis kepada
Pegawai yang Menjaga sebaik selepas tindakan yang disebut dalam subperaturan (1)
diambil.