Skip to content

Seksyen 129

Penyakit yang berjangkit atau merebak

of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015

P.U. (A)In forceProvision 129 of 158
Seksyen 129

(1)

Pegawai Perubatan hendaklah memberikan arahan secara bertulis —

(a)

bagi mengasingkan orang tahanan yang mengidap penyakit berjangkit atau merebak;

(b)

bagi pembersihan dan penyahjangkitan mana-mana bilik, sel atau dormitori yang dihuni oleh orang tahanan itu; atau

(c)

bagi pembersihan, penyahjangkitan, atau pemusnahan, jika perlu, apa-apa pakaian atau kelengkapan tempat tidur yang telah dijangkiti, yang hendaklah dilakukan oleh Pegawai yang Menjaga dengan serta-merta.

(2)

Pegawai Perubatan hendaklah dalam hal berlakunya sesuatu wabak, atau penyakit yang mudah berjangkit atau merebak, atau apa-apa hal keadaan lain yang menjejaskan kesihatan orang tahanan yang menghendaki langkah-langkah luar biasa, membuat laporan segera kepada Pegawai yang Menjaga tanpa menunggu masa apa-apa laporan berkala.

Pegawai Perubatan hendaklah melaporkan perkara tertentu