Seksyen 21
Kawasan terkawal
of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Keselamatan) 2019
P.U. (A)In forceProvision 21 of 34
Seksyen 21
(1)
Ketua Pegawai Eksekutif boleh, setelah menjalankan penilaian risiko keselamatan, mengisytiharkan mana-mana kawasan aerodrom atau mana-mana kawasan lain yang difikirkannya sesuai sebagai kawasan terkawal.
(2)
Tiada seorang pun boleh memasuki sesuatu kawasan terkawal melainkan jika dibenarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.