Skip to content

Seksyen 19

Pemeriksaan kenderaan

of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Keselamatan) 2019

P.U. (A)In forceProvision 19 of 34
Seksyen 19

(1)

Tiada seorang pun boleh menggunakan atau mengendalikan, atau menyebabkan supaya digunakan atau dikendalikan suatu kenderaan di dalam kawasan terhad keselamatan melainkan jika kenderaan itu menjalani proses pemeriksaan oleh pemeriksa keselamatan.

(2)

Pengendali aerodrom hendaklah memastikan tiada seorang pun menggunakan atau mengendalikan, atau menyebabkan supaya digunakan atau dikendalikan suatu kenderaan di dalam kawasan terhad keselamatan melainkan jika kenderaan itu menjalani proses pemeriksaan oleh pemeriksa keselamatan.