Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Permohonan bagi lesen
(1)
Mana-mana orang yang berhasrat untuk mengusahakan atau menyediakan perkhidmatan pengangkutan oleh pengangkutan jauh hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah dengan mengemukakan suatu permohonan bertulis bagi suatu lesen kepada Perbadanan dalam bentuk yang disediakan oleh Ketua
Pengarah yang hendaklah mengandungi maklumat yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama, dan hendaklah disertakan dengan fi pemprosesan yang dinyatakan dalam peraturan 6.
(2)
Suatu permohonan yang dibuat di bawah peraturan ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum ia diberikan atau enggan diberikan oleh Ketua Pengarah.
Pemberian atau keengganan memberikan lesen