Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PELESENAN) (PENGUSAHAAN ATAU PENYEDIAAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN OLEH PENGANGKUTAN JAUH) 2011

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain─

“kemudahan pengolahan dan pelupusan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan

Awam (Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal yang Ditetapkan dan Kelulusan bagi

Pembinaan, Pengubahan dan Penutupan Kemudahan) 2011 [P.U. (A) 302/2011];

“pemegang lesen bagi kemudahan pengolahan dan pelupusan” ertinya mana-mana orang yang memegang lesen di bawah Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa

Pepejal dan Pembersihan Awam (Pelesenan) (Pengurusan atau Pengendalian

Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal yang Ditetapkan) 2011 [P.U. (A) 304/2011] untuk menguruskan atau mengendalikan kemudahan pengolahan dan pelupusan;

4

“perkhidmatan pengangkutan oleh pengangkutan jauh” ertinya perkhidmatan yang mana sisa pepejal terkawal dimuatkan ke dalam kenderaan angkut jauh berkapasiti besar, baj atau pengangkutan rel bagi penghantaran laluan darat atau air dari stesen pemindahan ke mana-mana kemudahan pengolahan dan pelupusan yang dikehendaki dalam lesen;

“stesen pemindahan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Kemudahan

Pengurusan Sisa Pepejal yang Ditetapkan dan Kelulusan bagi Pembinaan, Pengubahan dan Penutupan Kemudahan) 2011.