Skip to content

Seksyen 3

Permohonan bagi lesen

of Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pelesenan) (Pengusahaan atau Penyediaan Perkhidmatan Pengangkutan Oleh Pengangkutan Jauh) 2011

P.U. (A)In forceProvision 3 of 10
Seksyen 3

(1)

Mana-mana orang yang berhasrat untuk mengusahakan atau menyediakan perkhidmatan pengangkutan oleh pengangkutan jauh hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah dengan mengemukakan suatu permohonan bertulis bagi suatu lesen kepada Perbadanan dalam bentuk yang disediakan oleh Ketua

Pengarah yang hendaklah mengandungi maklumat yang dinyatakan dalam Jadual

Pertama, dan hendaklah disertakan dengan fi pemprosesan yang dinyatakan dalam peraturan 6.

(2)

Suatu permohonan yang dibuat di bawah peraturan ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum ia diberikan atau enggan diberikan oleh Ketua Pengarah.