Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SKIM BAGI SISA PEPEJAL ISI RUMAH DAN SISA PEPEJAL YANG SERUPA DENGAN SISA PEPEJAL ISI RUMAH) 2011

Seksyen 8

(1)

Jika pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan menyediakan pemungutan tepi bebendul jalan dengan bekas sisa individu kepada premis bertanah di

P.U. (A) 307 14

dalam kawasan perkhidmatan, pemunya atau penghuni premis bertanah itu hendaklah–

(a)

meletakkan sisa baki di dalam beg atau bejana yang diikat dengan selamat sebelum meletakkan sisa baki itu ke dalam bekas sisa individu itu;

(b)

membalut sisa baki yang mempunyai tepi yang tajam atau boleh memotong dengan selamat sebelum sisa baki itu diletakkan ke dalam bekas sisa individu itu;

(c)

menutup bekas sisa individu itu pada setiap masa;

(d)

menyimpan bekas sisa individu itu dalam keadaan bersih;

(e)

jika tempat pemungutan ditempatkan di dalam premis bertanah dan bekas sisa individu disimpan di tempat lain di dalam premis bertanah itu, meletakkan bekas sisa individu itu di tempat pemungutan sebelum masa pemungutan seperti yang dinyatakan dalam jadual pemungutan;

(f)

jika tempat pemungutan ditempatkan di luar premis bertanah, meletakkan bekas sisa individu itu di tempat pemungutan hanya pada hari dan masa pemungutan seperti yang dinyatakan dalam jadual pemungutan, kecuali jika Perbadanan menghendaki bekas sisa individu itu berada di tempat pemungutan itu; dan

(g)

tertakluk kepada peraturan 27, jika amaun sisa baki melebihi kapasiti bekas sisa individu itu, meletakkan sisa baki di dalam beg atau bejana yang diikat dengan selamat bersebelahan dengan bekas sisa individu itu untuk pemungutan.

P.U. (A) 307 15

(2)

Seseorang pemunya atau penghuni premis bertanah yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

Pelupusan sisa baki jika bekas sisa individu tidak disediakan

Section 8 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SKIM BAGI SISA PEPEJAL ISI RUMAH DAN SISA PEPEJAL YANG SERUPA DENGAN SISA PEPEJAL ISI RUMAH) 2011