Skip to content

Seksyen 9

Pelupusan sisa baki jika bekas sisa individu tidak disediakan

of Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Skim bagi Sisa Pepejal Isi Rumah dan Sisa Pepejal yang Serupa Dengan Sisa Pepejal Isi Rumah) 2011

P.U. (A)In forceProvision 8 of 26
Seksyen 9

(1)

Jika pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan menyediakan pemungutan tepi bebendul jalan tanpa bekas sisa individu kepada premis bertanah di dalam kawasan perkhidmatan, pemunya atau penghuni premis bertanah itu hendaklah meletakkan sisa baki itu di dalam beg atau bejana yang diikat dengan selamat dan hendaklah –

(a)

jika tempat pemungutan terletak di dalam premis bertanah, meletakkan beg atau bejana itu di tempat pemungutan sebelum masa pemungutan seperti yang dinyatakan dalam jadual pemungutan; atau

(b)

jika tempat pemungutan terletak di luar premis bertanah, meletakkan beg atau bejana itu di tempat pemungutan itu hanya pada hari dan masa pemungutan seperti yang dinyatakan dalam jadual pemungutan.

(2)

Seseorang pemunya atau penghuni premis bertanah yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.