Malaysia legislation

Section 42

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA) 2015

Seksyen 42

(1)

Dalam apa-apa kausa atau perkara yang apa-apa persoalan untuk seorang saksi pakar berbangkit, Tribunal boleh pada bila-bila masa, atas usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, melantik seorang pakar bebas atau, sekiranya lebih daripada satu persoalan sedemikian berbangkit, melantik dua atau lebih pakar sedemikian, untuk menyiasat dan melaporkan tentang apa-apa persoalan fakta atau pendapat yang tidak melibatkan persoalan undang-undang atau pentafsiran.

(2)

Seorang pakar yang dilantik di bawah peraturan ini hendaklah disebut sebagai seorang “pakar Tribunal”.

(3)

Mana-mana pakar Tribunal dalam suatu kausa atau perkara hendaklah, sekiranya boleh, seorang yang dipersetujui antara pihak-pihak itu dan, sekiranya tiada persetujuan, hendaklah dinamakan oleh Tribunal.

(4)

Persoalan yang hendak dikemukakan kepada pakar Tribunal dan arahan, sekiranya ada, yang diberikan kepadanya hendaklah, sekiranya tiada persetujuan antara pihak-pihak itu, diselesaikan oleh Tribunal.

(5)

Dalam Bahagian ini “pakar”, berhubung dengan apa-apa persoalan yang berbangkit dalam suatu kausa atau perkara, ertinya mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman mengenai atau berkaitan dengan persoalan tersebut yang pendapatnya mengenai persoalan itu boleh diterima sebagai keterangan.

Laporan pakar Tribunal

Section 42 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA) 2015