Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN PERANTI PERUBATAN 2012

Seksyen 7

(1)

Pihak Berkuasa hendaklah memberitahu pemegang pendaftaran, secara bertulis, tentang pembatalan pendaftaran suatu peranti perubatan.

(2)

Pemegang pendaftaran boleh mengemukakan suatu tunjuk sebab secara bertulis terhadap pembatalan itu dalam masa sembilan puluh hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan.

(3)

Pemegang pendaftaran boleh memohon bagi suatu pelanjutan masa untuk mengemukakan tunjuk sebab secara bertulis sebagaimana yang dikehendaki di bawah subperaturan (2).

(4)

Pihak Berkuasa hendaklah menimbangkan permohonan bagi suatu pelanjutan masa sebagaimana yang diminta oleh pemohon di bawah subperaturan (3)

dan boleh melulus atau menolak permohonan bagi pelanjutan masa itu dan hendaklah memberitahu pemohon itu secara bertulis keputusannya.

(5)

Jika Pihak Berkuasa berpuas hati bahawa pendaftaran itu hendaklah dibatalkan, Pihak Berkuasa hendaklah memberitahu, secara bertulis, pemegang pendaftaran keputusannya untuk membatalkan pendaftaran itu.

(6)

Jika suatu pendaftaran itu dibatalkan oleh Pihak Berkuasa menurut subperaturan (1), pemegang pendaftaran hendaklah memulangkan perakuan tanpa

9

notis lanjutnya kepada Pihak Berkuasa dalam tempoh empat belas hari apabila menerima pemberitahuan secara bertulis tentang pembatalan itu.

(7)

Mana-mana pemegang pendaftaran yang melanggar subperaturan (6)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN PERANTI PERUBATAN 2012