Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (KEPERLUAN PENDEDAHAN BAGI AKAUN AMANAH DAN AKAUN BERSAMA) 2012

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini—

“akaun amanah” ertinya suatu akaun amanah yang dibuka atau disenggarakan dalam sesuatu anggota penerima deposit oleh seorang pendeposit yang bertindak sebagai pemegang amanah yang berkenaannya, setiap benefisiari bagi akaun amanah itu dan amaun atau peratusan kepentingan benefisiari itu dalam akaun amanah itu, boleh dikenal pasti;

“akaun bersama” ertinya suatu akaun bersama yang dibuka atau disenggarakan dalam sesuatu anggota penerima deposit oleh seorang pendeposit yang bertindak sebagai pemunya bersama dengan mana-mana orang lain;

“kepentingan benefisiari” ertinya wang yang dipegang dalam suatu akaun amanah bagi benefisiari yang dinamakan;

“pemegang amanah” ertinya seorang pendeposit yang bertindak sebagai

3

pemegang amanah bagi suatu akaun amanah;

“pemunya bersama” ertinya seorang pendeposit yang bertindak sebagai pemunya bersama bagi suatu akaun bersama; dan

“tahun taksiran” ertinya tempoh yang bermula pada hari pertama bulan Januari dan berakhir pada hari ketiga puluh satu bulan Disember setiap tahun.

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (KEPERLUAN PENDEDAHAN BAGI AKAUN AMANAH DAN AKAUN BERSAMA) 2012