Skip to content

Seksyen 5

Notis kepada pemegang amanah

of Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Keperluan Pendedahan bagi Akaun Amanah dan Akaun Bersama) 2012

P.U. (A)In forceProvision 5 of 8
Seksyen 5

(1)

Sebelum 31 Mac setiap tahun taksiran, sesuatu anggota penerima deposit hendaklah memberitahu setiap pemegang amanah yang bertindak untuk dua benefisiari atau lebih tentang keperluan untuk mendedahkan maklumat yang disebut dalam peraturan 4.

(2)

Bagi mengelakkan keraguan di bawah subperaturan (1), pemberitahuan kepada pemegang amanah tidak termasuk penyiaran dalam suratkhabar atau cara komunikasi massa lain atau penempatan notis di tempat perniagaan anggota penerima deposit.

(3)

Suatu anggota penerima deposit yang gagal mematuhi kehendak di bawah subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 195 Akta.

5