Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Pada atau sebelum 31 Mac setiap tahun taksiran, seorang pemegang amanah yang bertindak untuk dua benefisiari atau lebih hendaklah mengemukakan kepada anggota penerima deposit maklumat yang berikut:
(a)
nombor akaun amanah itu;
(b)
nama, alamat dan nombor kad pengenalan atau nombor pasport pemegang amanah itu atau apa-apa pengenalpastian lain yang boleh diterima oleh anggota penerima deposit itu;
(c)
nama dan alamat setiap benefisiari atau kod angka abjad atau apa-apa kod atau pengenal pasti lain bagi benefisiari itu, setakat 31 Disember tahun taksiran yang sebelumnya; dan
(d)
amaun atau peratusan kepentingan setiap benefisiari dalam akaun amanah itu, setakat 31 Disember tahun taksiran yang sebelumnya.
(2)
Seorang pemegang amanah yang gagal mematuhi kehendak di bawah subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 195 Akta.
Notis kepada pemegang amanah