Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pendedahan semasa membuka akaun amanah
(1)
Semasa membuka suatu akaun amanah, seorang pemegang amanah hendaklah mengemukakan kepada anggota penerima deposit maklumat yang berikut:
(a)
suatu pernyataan bahawa deposit dalam akaun amanah itu dipegang sebagai amanah oleh pemegang amanah itu;
(b)
nombor akaun amanah itu;
(c)
nama, alamat dan nombor kad pengenalan atau nombor pasport pemegang amanah itu atau apa-apa pengenalpastian lain yang boleh diterima oleh anggota penerima deposit itu;
(d)
nama dan alamat setiap benefisiari atau kod angka abjad atau apa-apa kod atau pengenal pasti lain bagi benefisiari itu; dan
(e)
amaun atau peratusan kepentingan setiap benefisiari dalam akaun amanah itu.
(2)
Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, seseorang pemegang amanah yang gagal mematuhi kehendak di bawah subperaturan (1) tetapi yang kemudiannya mengemukakan maklumat yang dikehendaki kepada anggota penerima deposit itu hendaklah disifatkan sebagai membuka suatu akaun amanah yang baru di bawah subperaturan (1) pada tarikh pengemukaan maklumat itu.
4
Pendedahan tahunan berkenaan dengan akaun amanah