Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
(1)
Tertakluk kepada subperaturan (2), Perbadanan boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai dalam percubaan pada pelantikan pertama yang telah gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan semasa tempoh percubaan.
(2)
Walau apa pun subperaturan
(1)
, pegawai boleh ditamatkan perkhidmatannya jika dia gagal dalam kursus atau latihan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.
(3)
Bagi maksud subperaturan (1), “pelantikan pertama” ertinya pelantikan kali pertama ke dalam perkhidmatan Perbadanan atau pelantikan semula seseorang pegawai mengikut peraturan 7, 8 dan 9.
Kuasa menamatkan perkhidmatan