Seksyen 4
Kelulusan atau penolakan lesen perkapalan domestik
of Peraturan-Peraturan Perkapalan Saudagar (Lesen Perkapalan Domestik) 2026
(1)
Apabila menerima permohonan di bawah peraturan 3, pegawai perkapalan domestik hendaklah memperoses permohonan bagi lesen perkapalan domestik itu.
P.U. (A) 306 3
(2)
Jika permohonan bagi suatu lesen perkapalan domestik diluluskan oleh pegawai perkapalan domestik, pegawai perkapalan domestik itu hendaklah mengeluarkan suatu lesen perkapalan domestik kepada pemunya atau nakhoda kapal
Malaysia itu atau ejen kapal yang bukan kapal Malaysia yang dibenarkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Jika permohonan bagi suatu lesen perkapalan domestik ditolak oleh pegawai perkapalan domestik, pegawai perkapalan domestik itu hendaklah memberitahu pemunya atau nakhoda kapal Malaysia itu atau ejen kapal yang bukan kapal Malaysia yang dibenarkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.