Seksyen 5
Pembaharuan lesen perkapalan domestik
of Peraturan-Peraturan Perkapalan Saudagar (Lesen Perkapalan Domestik) 2026
P.U. (A)In forceProvision 5 of 8
Seksyen 5
(1)
Suatu lesen perkapalan domestik yang dikeluarkan di bawah
Peraturan-Peraturan ini tidak boleh diperbaharui sebagai suatu hak dan mana-mana permohonan untuk memperbaharui lesen itu hendaklah dianggap sebagai permohonan bagi suatu lesen perkapalan domestik baharu.
(2)
Suatu permohonan untuk memperbaharui suatu lesen perkapalan domestik hendaklah dibuat kepada pegawai perkapalan domestik tidak kurang daripada empat belas hari sebelum tarikh tamat tempoh lesen itu.