P.U. (A) · As enacted
Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kewangan Islam (Skim Ombudsman Kewangan) (Pindaan) 2024
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Perkhidmatan Kewangan Islam (Skim Ombudsman Kewangan) (Pindaan) 2024.
Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.
s 2Pindaan peraturan 2
Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kewangan Islam (Skim Ombudsman
Kewangan) 2015 [P.U. (A) 210/2015], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam
Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2—
dengan menggantikan takrif “ombudsman” dengan takrif yang berikut:
‘ “ombudsman” ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh lembaga pengarah pengendali skim untuk mengadjudikasi pertikaian yang dirujuk kepada skim ombudsman kewangan yang diluluskan, termasuk mana-mana orang lain yang memiliki pengetahuan adjudikasi dan pengetahuan khas yang mendalam bagi jenis pertikaian yang dirujuk kepada skim ombudsman kewangan yang diluluskan;’;
dan
dalam takrif “pengendali skim”, dengan menggantikan perkataan
“Akta Syarikat 1965 [Akta 125]” dengan perkataan “Akta Syarikat 2016
[Akta 777]”.
P.U. (A) 474 3
s 3Pindaan peraturan 3
Subperaturan 3(3) Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “terma rujukan yang diluluskan” dengan perkataan “dokumen konstituen yang diluluskan”.
s 4Pindaan peraturan 4
Subperaturan 4(1) Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:
“(ca)
dokumen konstituen yang dicadangkan adalah mengikut subperaturan 7(2) dan telus;”
dalam perenggan
, dengan menggantikan perkataan
“subperaturan 7(2)” dengan perkataan “subperaturan 7(3)”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang berikut:
“(da)
terma rujukan yang dicadangkan boleh diakses oleh semua anggota dan pengguna;”.
s 5Pindaan peraturan 5
Perenggan 5(2)(d) Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “secara bertulis” perkataan “melalui suatu surat atau e-mel”.
s 6Pindaan peraturan 6
Subperenggan 6(1)(e)(ii) Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dokumen konstituennya” dengan perkataan “dokumen konstituennya yang diluluskan”.
s 7Penggantian peraturan 7
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 7 dengan peraturan yang berikut:
P.U. (A) 474 4
“Dokumen konstituen dan terma rujukan skim ombudsman kewangan yang diluluskan 7.
Pengendali skim hendaklah mengemukakan dokumen konstituen dan terma rujukan skim ombudsman kewangan yang diluluskan untuk kelulusan
Bank sebelum mengendalikan skim ombudsman kewangan yang diluluskan.
Kandungan dokumen konstituen yang disebut di bawah subperaturan (1) hendaklah termasuk—
tatacara keanggotaan, termasuk hal keadaan pemberhentian keanggotaan itu;
fi langganan dan fi atau caj lain yang kena dibayar oleh suatu anggota atau mana-mana golongan anggota, termasuk fi berlainan yang boleh dikenakan terhadap golongan anggota yang berlainan; dan
tatacara bagi memastikan pematuhan kepada terma keanggotaan jika berlaku apa-apa kemungkiran terhadap terma keanggotaan itu.
Kandungan terma rujukan yang disebut di bawah subperaturan (1)
hendaklah termasuk—
jenis pertikaian yang boleh dirujuk kepada skim ombudsman kewangan yang diluluskan; dan
proses penyelesaian pertikaian skim ombudsman kewangan yang diluluskan termasuk—
tatacara dan tempoh masa bagi suatu anggota memberikan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud
P.U. (A) 474 5
penyelesaian pertikaian yang dirujuk kepada skim ombudsman kewangan yang diluluskan;
tatacara dan tempoh masa bagi suatu anggota untuk mematuhi apa-apa award yang diberikan di bawah skim ombudsman kewangan yang diluluskan;
kategori pengadu yang layak;
jenis award yang boleh diberi berkenaan dengan suatu pertikaian;
tatacara dan tempoh masa bagi suatu pertikaian dirujuk kepada skim ombudsman kewangan yang diluluskan;
hal keadaan yang suatu pertikaian boleh enggan diterima atau ditolak;
hal keadaan dan tempoh masa bagi pengantaraan atau adjudikasi suatu pertikaian di bawah skim ombudsman kewangan yang diluluskan; dan
tatacara bagi memastikan pengadu yang layak dan anggota mematuhi pada setiap masa kewajipan kerahsiaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan 15.
Pengendali skim hendaklah mengendalikan skim ombudsman kewangan yang diluluskan mengikut dokumen konstituen dan terma rujukan yang diluluskan.
P.U. (A) 474 6
Tiada pindaan boleh dibuat kepada dokumen konstituen dan terma rujukan yang diluluskan tanpa—
rundingan terdahulu dengan anggota; dan
kelulusan bertulis terdahulu Bank.
Pengendali skim hendaklah menyiarkan dokumen konstituen yang diluluskan, terma rujukan yang diluluskan dan apa-apa pindaan kepada dokumen konstituen dan terma rujukan yang diluluskan itu dalam laman sesawang pengendali skim atau dalam apa-apa bentuk dan cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.”.
s 8Pindaan peraturan 10
Subperaturan 10(2) Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
dalam perenggan
, dengan menggantikan perkataan
“dokumen konstituennya” dengan perkataan “dokumen konstituennya yang diluluskan”;
dalam perenggan
, dengan menggantikan perkataan
“dokumen konstituennya” dengan perkataan “dokumen konstituennya yang diluluskan itu”;
dalam perenggan (g), dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan itu;
dalam perenggan (h), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan koma bertindih; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (h) perenggan yang berikut:
P.U. (A) 474 7
“(i)
menyediakan tatacara untuk mengadakan sesi penglibatan tetap dengan pihak berkepentingan, termasuk anggota, dengan tujuan untuk mendapatkan maklum balas dan persetujuan mengenai keutamaan strategik skim ombudsman kewangan yang diluluskan; dan
menyediakan tatacara bagi pengenalpastian dan pelaporan berkala mengenai apa-apa percanggahan dan ketidakselarasan dalam dasar sedia ada yang mentadbir anggota.”.
s 9Pemotongan peraturan 14
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memotong peraturan 14.
s 10Pindaan peraturan 18
Peraturan 18 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
dalam perenggan
, dengan menggantikan perkataan
“sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga” dengan perkataan
“dua ratus lima puluh ribu ringgit”; dan
dalam subperaturan (4), dengan menggantikan perkataan “sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “dua ratus lima puluh ribu ringgit”.
s 11Pemotongan Jadual Ketiga
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memotong Jadual Ketiga.
Dibuat 31 Disember 2024
[BNM/JUN/1125/35/41; PN(PU2)717/JLD.4]
DATUK SERI AMIR HAMZAH BIN AZIZAN
Menteri Kewangan II
P.U. (A) 474 8
ISLAMIC FINANCIAL SERVICES ACT 2013
ISLAMIC FINANCIAL SERVICES (FINANCIAL OMBUDSMAN SCHEME)
(AMENDMENT) REGULATIONS 2024