Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kewangan Islam (Skim Ombudsman Kewangan) (Pindaan) 2024 · As enacted
2. Pindaan peraturan 2
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kewangan Islam (Skim Ombudsman
Kewangan) 2015 [P.U. (A) 210/2015], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam
Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2—
dengan menggantikan takrif “ombudsman” dengan takrif yang berikut:
‘ “ombudsman” ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh lembaga pengarah pengendali skim untuk mengadjudikasi pertikaian yang dirujuk kepada skim ombudsman kewangan yang diluluskan, termasuk mana-mana orang lain yang memiliki pengetahuan adjudikasi dan pengetahuan khas yang mendalam bagi jenis pertikaian yang dirujuk kepada skim ombudsman kewangan yang diluluskan;’;
dan
dalam takrif “pengendali skim”, dengan menggantikan perkataan
“Akta Syarikat 1965 [Akta 125]” dengan perkataan “Akta Syarikat 2016
[Akta 777]”.
P.U. (A) 474 3