Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(a)
suatu penyata dalam apa-apa bentuk dan cara yang ditentukan oleh
Bank dengan memberikan butir-butir perniagaan insurans MAT yang diuruskan bagi tahun kewangan itu di bawah Peraturan-Peraturan ini;
dan
(b)
penyata kewangan tahunan yang diaudit bagi tahun kewangan itu dan pendapat juruaudit ke atas penyata kewangan itu, sebagaimana yang dikemukakan kepada pihak berkuasa penyeliaannya.
P.U. (A) 111 16
(2)
Penyata yang disebut dalam perenggan (1)(a) hendaklah berasaskan kepada penyata kewangan tahunan yang diaudit bagi penanggung insurans MAT yang diluluskan itu berkenaan dengan tahun kewangan yang sama.
(3)
Jika suatu penyata kewangan yang diaudit adalah dalam bahasa selain bahasa Inggeris, salinan yang dikehendaki di bawah subperaturan (1) hendaklah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan hendaklah diperakukan sebagai terjemahan sebenar daripada yang asal oleh penterjemah.
(4)
Semua salinan dokumen yang diserah simpan dengan Bank di bawah peraturan ini hendaklah ditandatangani oleh seorang pengarah dan ketua pegawai eksekutif penanggung insurans MAT yang diluluskan itu.
-------------------------------------------------