Seksyen 15
Kuasa Bank untuk mengeluarkan arahan
Bank boleh mengeluarkan apa-apa arahan kepada penanggung insurans
MAT yang diluluskan sekiranya Bank berpendapat adalah perlu untuk melindungi kepentingan pemunya polisi atau orang awam secara am, dan khususnya, boleh menghendaki penanggung insurans yang diluluskan itu, untuk berhenti atau menahan daripada melakukan suatu perbuatan atau menuruti penjalanan pelakuan atau melakukan apa-apa perbuatan, berhubung dengan perniagaan yang dijalankan sebagai suatu penanggung insurans MAT yang diluluskan, dan apa-apa hal ehwal atau harta yang berkaitan dengan perniagaan itu.
(2)
Bank boleh, selepas representasi yang dibuat kepadanya atau atas usulnya sendiri, mengubah suai atau membatalkan apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subperaturan (1) dan, dalam berbuat sedemikian, boleh mengenakan syarat ke atas penanggung insurans MAT yang diluluskan itu.
(3)
Penanggung insurans MAT yang diluluskan hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Bank di bawah subperaturan (1) atau (2), atau apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subperaturan (2).