Seksyen 16
Kewajipan untuk mengemukakan dokumen atau maklumat kepada Bank
(1)
Penanggung insurans MAT yang diluluskan hendaklah mengemukakan kepada Bank apa-apa dokumen atau maklumat, termasuk apa-apa dokumen atau maklumat berhubung dengan perniagaan yang dijalankan olehnya sebagai penanggung
P.U. (A) 111 15
insurans MAT yang diluluskan, dalam apa-apa bentuk dan cara, dan dalam apa-apa masa, yang ditentukan oleh Bank.
(2)
Penanggung insurans MAT yang diluluskan yang dikehendaki untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat di bawah subperaturan (1) tidak boleh mengemukakan apa-apa dokumen atu maklumat—
(a)
yang penanggung insurans MAT yang diluluskan itu mengetahui, atau mempunyai sebab untuk mempercayai, adalah palsu atau mengelirukan dalam butir material; atau
(b)
yang tidak tepat atau tidak lengkap berkenaan dengan kesalahan atau peninggalan material, atau apa-apa kesalahan atau peninggalan berulang.
(3)
Mana-mana penanggung insurans MAT yang diluluskan yang melanggar perenggan (2)(a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit.