Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN) 2013
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain─
“pemunya”─
(a)
berkenaan dengan barang-barang, termasuklah penerima konsain, pemberi konsain, pengimport, pengeksport dan ejen atau seseorang yang memiliki, atau mempunyai kepentingan benefisial dalam, atau mempunyai apa-apa kawalan ke atas, atau kuasa melupuskan apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan; dan
P.U. (A) 116 5
(b)
berkenaan dengan vesel, termasuklah tiap-tiap orang yang bertindak sebagai ejen bagi pemunya atau yang menerima tambang muatan atau caj-caj lain yang kena dibayar berkenaan dengan vesel itu;
“ejen” ertinya mana-mana orang yang berdaftar di bawah Peraturan-Peraturan
Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Pendaftaran Pengimport,
Pengeksport dan Ejen) 2013;
“pengimport” termasuklah pemunya atau mana-mana orang yang membawa atau menyebabkan supaya dibawa ke dalam Malaysia melalui darat, laut, perairan pedalaman atau udara apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan;
“pengeksport” termasuklah pemunya atau mana-mana orang yang membawa atau menyebabkan supaya dibawa ke luar Malaysia melalui darat, laut, perairan pedalaman atau udara apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan; dan
“dalam transit” ertinya diambil atau dihantar dari mana-mana negara dan dibawa masuk ke dalam Malaysia melalui darat, laut, perairan pedalaman atau udara, sama ada didaratkan atau dipindahkapalkan di Malaysia atau tidak, dengan maksud hanya untuk dibawa ke negeri lain sama ada dengan pengangkut yang sama atau yang lain.