Skip to content

Seksyen 4

Orang memasuki Malaysia

of Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Kuarantin dan Pemeriksaan) 2013

P.U. (A)In forceProvision 4 of 30
Seksyen 4

(1)

Mana-mana orang yang memasuki Malaysia hendaklah mengisytiharkan apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan dalam milikannya.

(2)

Mana-mana orang yang enggan atau gagal membuat pengisytiharan di bawah subperaturan (1) atau dengan pengetahuan membuat pengisytiharan palsu melakukan kesalahan dan apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan yang dijumpai dalam milikannya boleh disita.