Seksyen 24
Larangan perbuatan tertentu tanpa kelulusan
of Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Kuarantin dan Pemeriksaan) 2013
(1)
Tiada tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma boleh dipindahkan daripada stesen kuarantin ke premis kuarantin dan begitu juga sebaliknya tanpa kelulusan bertulis Ketua Pengarah.
(2)
Tiada tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma boleh dibawa masuk ke dalam atau dibawa keluar daripada premis kuarantin tanpa kelulusan bertulis Ketua Pengarah.
(3)
Tiada seorang pun selain pegawai penguat kuasa dibenarkan masuk ke dalam mana-mana stesen kuarantin tanpa kelulusan Ketua Pengarah.