Skip to content

Seksyen 3

of Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Kuarantin dan Pemeriksaan) 2013

P.U. (A)In forceProvision 3 of 30

Seksyen 3

Mana-mana orang yang menjaga pengangkut yang tiba di pintu masuk hendaklah, sama ada dengan sendiri atau melalui ejen pengangkut itu, dengan serta-merta─

(a)

melaporkan kepada pegawai penguat kuasa ketibaan pengangkut itu;

P.U. (A) 116 6

(b)

memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pengangkut itu, kargo, anak kapal, penumpang dan perjalanan sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai penguat kuasa; dan

(c)

mengisytiharkan semua tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma dan makanan di dalam pengangkut itu dalam borang pengisytiharaan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua

Pengarah.