Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (TATACARA KUARANTIN) 2013

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini─

“ujian” ertinya apa-apa tindakan yang dibuat ke atas sampel mana-mana tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma yang diambil untuk mengesan, mengenal pasti atau menentukan penyakit, perosak atau bahan cemar;

“rawatan” ertinya apa-apa tindakan untuk melemah, membunuh atau menyahkan penyakit, perosak atau bahan cemar, termasuklah semburan, pewasapan, rendaman, pendebuan;

“penyedia perkhidmatan rawatan” ertinya mana-mana orang atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan rawatan ke atas apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma yang diluluskan oleh agensi atau jabatan kerajaan yang berkaitan.

P.U. (A) 114 3

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (TATACARA KUARANTIN) 2013