Seksyen 4
Pemindahan
of Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Tatacara Kuarantin) 2013
(1)
Mana-mana tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma yang diarahkan untuk menjalani ujian, tidak boleh dialih, diguna, dijual, diedar atau dibawa keluar dari pintu masuk atau stesen kuarantin atau premis kuarantin tanpa kelulusan bertulis Ketua Pengarah.
(2)
Mana-mana pemunya atau ejen yang ingin membawa keluar tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma dari pintu masuk ke suatu premis semasa tempoh ujian hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah secara bertulis untuk mengisytiharkan premis itu sebagai premis kuarantin.