Seksyen 3
Pengujian
of Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Tatacara Kuarantin) 2013
P.U. (A)In forceProvision 3 of 7
Seksyen 3
(1)
Mana-mana tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma yang diperiksa, dikuarantin, atau untuk diimport atau dieksport oleh pemunya atau ejen adalah tertakluk kepada apa-apa ujian sebagaimana yang ditentukan oleh agensi atau jabatan yang berkaitan atau yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah.
(2)
Mana-mana tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma yang gagal dalam ujian hendaklah—
(a)
dirawat;
(b)
dilarang masuk; atau
(c)
dilupus.