Malaysia legislation
Section 6
of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (TATACARA KUARANTIN) 2013
Seksyen 6
(1)
Pemunya atau ejen yang diarah melakukan pelupusan mana-mana tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma hendaklah melakukannya dalam tempoh yang ditentukan mengikut apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Pemunya atau ejen yang ingkar melakukan pelupusan ke atas mana-mana tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma adalah melakukan suatu kesalahan.
(3)
Ketua Pengarah boleh melantik mana-mana orang atau syarikat untuk melakukan pelupusan dan kos hendaklah ditanggung oleh pemunya atau ejen sekiranya pemunya atau ejen gagal melakukan pelupusan sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua
Pengarah.
P.U. (A) 114 5
Penalti am