Malaysia legislation

Section 16

of PERATURAN-PERATURAN PERLESENAN TENAGA ATOM (PENGURUSAN SISA RADIOAKTIF) 2011

Seksyen 16

Sisa radioaktif yang tidak sesuai untuk pelepasan, buangan atau pelupusan

Jika sisa radioaktif tidak sesuai untuk dilepaskan, dibuang atau dilupuskan ke persekitaran dalam masa satu tahun dari pewujudannya atau pada bila-bila masa yang lebih lama sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga, pemegang lesen hendaklah -

(a)

mengemukakan suatu cadangan dan memperoleh kelulusan daripada

Lembaga bagi pelupusan sisa radioaktif; dan

(b)

mematuhi mana-mana kehendak yang dibuat oleh Lembaga mengenai rawatan dan pelupusan sisa radioaktif selanjutnya.

Section 16 — PERATURAN-PERATURAN PERLESENAN TENAGA ATOM (PENGURUSAN SISA RADIOAKTIF) 2011