Seksyen 15
Sifat bukan radiologi sisa radioaktif
of Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Pengurusan Sisa Radioaktif) 2011
P.U. (A)In forceProvision 15 of 32
Seksyen 15
Jika keradioaktifan dalam bentuk bahan radioaktif atau sisa radioaktif hendak dilepaskan, dibuang atau dilupuskan ke persekitaran, pemegang lesen hendaklah mempertimbangkan sifat bukan radiologi bahan tersebut dan hendaklah mematuhi semua undang-undang lain yang berkaitan dengan sifat itu.