Malaysia legislation

Section 18

of PERATURAN-PERATURAN PERLESENAN TENAGA ATOM (PENGURUSAN SISA RADIOAKTIF) 2011

Seksyen 18

(1)

Setiap sisa radioaktif selepas pengasingan di bawah subperaturan 17(1), hendaklah disimpan secara berasingan di dalam bekas yang berlainan.

(2)

Setiap bekas hendaklah―

(a)

ditandakan dengan jelas dan unik dengan butir-butir seperti keaktifan, jenis radionuklid, separuh hayat, bentuk fizikal dan kimia dan bahaya bukan radiologi;

(b)

mempunyai simbol sinaran;

(c)

kuat;

(d)

sesuai dengan sisa radioaktif tersebut; dan

(e)

boleh diisi dan dikosongkan dengan selamat sepanjang tempoh yang dijangka dalam penyimpanan termasuklah penyediaan pemerisaian yang mencukupi sebagaimana yang sesuai.

Rekod bekas sisa radioaktif

Section 18 — PERATURAN-PERATURAN PERLESENAN TENAGA ATOM (PENGURUSAN SISA RADIOAKTIF) 2011