Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Jadual Kedua kepada Akta Saraan Hakim, 1971, adalah dengan ini dipinda dengan memotong perenggan 1 dan menggantikannya dengan yang berikut—
"1. TEMPAT TINGGAL:
(i)
Ketua Hakim Negara dan Hakim-hakim Besar—
Rumah khas percuma berperabut lengkap, seorang butler, dua orang tukang kebun, seorang penunggu rumah dan suatu peruntukan sebanyak $1,000 setahun bagi menyenggara rumah dan kawasan hendaklah diadakan atau sebagai gantinya suatu elaun bulanan sebanyak $650.
Keistimewaan atau elaun di atas hendaklah diberi atau dibayar dengan tidak mengira samada Ketua Hakim Negara atau seseorang Hakim Besar telah diberi suatu pinjaman di bawah Skim Pinjaman Perumahan yang dinyatakan dalam perenggan 11.
(ii)
Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi—
Rumah khas percuma berperabut langkap atau sebagai gantinya suatu elaun bulanan sebanyak $650.
Keistimewaan atau elaun di atas hendaklah diberi atau dibayar dengan tidak mengira samada seseorang Hakim telah diberi suatu pinjaman di bawah Skim Pinjaman Perumahan yang dinyatakan dalam perenggan 11.".
Bertarikh pada 11 haribulan Februari, 1975. [PM. (S) 10232/Jld. II; PN. $ \left( \mathrm{P U}^{2} \right) $ 91.]
Dengan Titah Perintah.
TAN SRI ABDUL KADIR BIN SHAMSUDDIN,
Setiausaha kepada Jumaah Menteri
JUDGES' REMUNERATION ACT, 1971