Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA (PINDAAN JADUAL) 1989

Seksyen 2

Jadual kepada Akta Suruhanjaya Pilihanraya 1957 adalah dipinda dengan menggantikan perenggan 1 dengan perenggan 1 baru yang berikut:

"1. GAJI DAN ELAUN TETAP:

(a)

Pengerusi:

sebulan

Gaji .. .. .. .. .. .. $4,320

(b)

Timbalan Pengerusi:

Gaji .. .. .. .. $3,720.

(c)

Ahli:

Elaun Tetap $3,150

(d)

Elaun Memangku:

Sekiranya Timbalan Pengerusi atau mana-mana ahli melaksanakan fungsi-fungsi Pengerusi atau Timbalan Pengerusi selama suatu tempoh yang lebih dari dua puluh lapan hari, dia adalah berhak mendapat elaun memangku, yang sama nilainya dengan perbezaan di antara gaji atau elaun tetapnya, mengikut mana yang berkenaan, dengan gaji jawatan yang dipangkuinya.".

Dibuat pada 6hb Disember 1989. [PM. (S) 11334/1 Jld. 6; PN. $ \left(P U^{2}\right) $ 373.]

Dengan Titah Perintah,

TAN SRI DATO' SALLEHUDDIN BIN MOHAMED,

Setiausaha Jemaah Menteri

ELECTION COMMISSION ACT 1957 ELECTION COMMISSION (AMENDMENT OF SCHEDULE) REGULATIONS 1989

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA (PINDAAN JADUAL) 1989