Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH AHLI PARLIMEN (PENGUBAHSUAIAN PENCEN DAN GANJARAN) 1981
Seksyen 2
Jadual Pertama kepada Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 adalah dipinda—
(a)
dengan memotong perkataan "yang akhir sekali diterima" dan "yang akhir sekali diterima oleh" yang terdapat di mana-mana sahaja dalam:
(i)
tafsiran "gaji" dalam perenggan 1; dan
(ii)
perenggan kecil (4) perenggan 5;
(b)
dengan memasukkan proviso baru yang berikut dalam perenggan kecil (2) perenggan 2 dan sebelum proviso yang sedia ada:
"Dengan syarat bahawa pencen yang kena dibayar di bawah perenggan ini hendaklah atas asas gaji sehabis tinggi yang diterima oleh Ahli atau Anggota dalam apa jua tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira:";
(c)
dengan memasukkan perkataan "selanjutnya" selepas perkataan "Dengan syarat" dalam proviso perenggan kecil (2) perenggan 2 yang sedia ada itu;
(d)
dalam perenggan kecil (4) perenggan 2:
(i)
dengan menggantikan perkataan "dalam tempoh dari 31hb Ogos 1957 hingga 18hb Mac 1969" dengan perkataan "pada bila-bila masa pada atau selepas 31hb Ogos 1957"; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan "gaji akhirnya" dengan perkataan "gajinya";
(e)
dengan menggantikan perenggan kecil (1) perenggan 3 dengan perenggan kecil (1) yang berikut:
"(1) Walau apapun peruntukan perenggan kecil (3) perenggan 2, seseorang Ahli atau Anggota yang tidak memegang jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara atau Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, boleh dibayar pencen di bawah perenggan 2 jika dahulunya dia permah berkhidmat sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, atau Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat selama apa jua tempoh :
Dengan syarat bahawa jika dia berhenti menjadi Ahli atau Anggota dan pencen yang diterimanya kurang daripada pencen maksimum yang kena dibayar di bawah perenggan kecil (2) perenggan 2, maka pencen itu boleh-lah dihitung semula atas asas gaji yang diterimanya sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimon, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, atau Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, mengikut mana yang borkenaan, dan atas perkhidmatan yang boleh dimasukira yang mana hendaklah termasuk sekian lama tempoh dia borkhidmat sebagai Ahli atau Anggota, lain daripada sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, supaya dia boleh menerima pencen sehabis maksimum yang mungkin kena dibayar di bawah perenggan kecil (2) perenggan 2.";
(f)
dengan menggantikan perenggan kecil (2) perenggan 4 dengan perenggan kecil (2), (3) dan (4) yang berikut:
"(2) Ganjaran yang kena dibayar di bawah perenggan ini hendaklah atas asas gaji sehabis tinggi yang diterima oleh Ahli atau Anggota dalam apa jua tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira.
(3)
Apa-apa ganjaran atau hadiah wang tunai yang telah dibayar kepada Ahli atau Anggota bagi apa jua tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira hendaklah dipotong dari ganjaran yang kena dibayar di bawah perenggan ini.
(4)
Walau apapun peruntukan perenggan kecil (1), Ahli atau Anggota yang berhenti memegang jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara atau Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tetapi terus menjadi Ahli atau Anggota Dewan Negara atau Dewan Rakyat bolehlah dibayar ganjaran di bawah perenggan ini pada masa dia berhenti memegang jawatan itu:
Dengan syarat bila dia berhenti menjadi Ahli atau Anggota, ganjaran yang telah dibayar kepadanya hendaklah dipotong dari ganjaran yang kena dibayar di bawah perenggan ini.";
(g)
dengan menggantikan perkataan "dan telah mati dalam tempoh dari 31hb Ogos 1957 hingga 31hb Disember 1969 dan" dalam perenggan kecil (4) perenggan 5 dengan perkataan "pada bila-bila masa pada atau selepas 31hb Ogos 1957 dan telah mati dan";
(h)
dengan memasukkan perenggan kecil (1A) yang berikut selepas perenggan kecil (1) perenggan 16:
“(1A) Bagi maksud perenggan kecil (1), tempoh perkhidmatan seseorang Ahli atau Anggota dalam Majlis Perundangan Persekutuan hendaklah diambilkira."; dan
(i)
dengan memasukkan perkataan "dan ganjaran" selepas perkataan "pencen" yang terdapat dalam akhir perenggan kecil (2) perenggan 16".
Diperbuat pada 19hb Jun 1981. [PM. (R) 11880/A/546/XI Jld. II; PN. $(\mathrm{PU}^{2})$ 369.]
Dengan Titah Perintah,
DATO HUSSEIN ONN,
Perdana Menteri
MEMBERS OF PARLIAMENT (REMUNERATION) ACT 1980
MEMBERS OF PARLIAMENT (MODIFICATION OF PENSIONS AND GRATUITIES) ORDER 1981