Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH AHLI PARLIMEN (SARAAN) (PINDAAN JADUAL PERTAMA) 2003
Seksyen 2
Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237] dipinda dalam Jadual Pertama—
(a)
dengan menggantikan perenggan 4 dengan perenggan yang berikut:
“4. (1) Seseorang yang berhenti menjadi Ahli boleh diberi ganjaran yang dihitung mengikut formula yang berikut:
1/48 x gaji x 12 x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.
1042
(2)
Walau apa pun subperenggan (1), Ahli yang berhenti memegang jawatan
Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, atau Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, tetapi terus menjadi
Ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat bolehlah dibayar ganjaran yang dihitung di bawah subperenggan (1).
(3)
Walau apa pun subperenggan (1) dan tertakluk kepada subperenggan
(4)
, Anggota Pentadbiran yang berhenti memegang jawatan Perdana Menteri,
Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen dan—
(a)
terus menjadi Ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat; atau
(b)
berhenti menjadi Ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat, boleh diberi ganjaran yang dihitung di bawah subperenggan (1).
(4)
Bagi maksud menghitung ganjaran di bawah subperenggan (1)—
(a)
jika suatu ganjaran kena dibayar kepada seseorang Anggota Pentadbiran di bawah subperenggan (3), “tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ialah tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sebagai
Ahli setakat tujuh puluh dua bulan dan jika tempoh itu melebihi tujuh puluh dua bulan, hanya apa-apa tempoh perkhidmatan sebagai Anggota
Pentadbiran sahaja hendaklah dimasuk kira; dan
(b)
jika suatu ganjaran kena bayar dibayar kepada seseorang Ahli yang bukan Anggota Pentadbiran, “tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ialah apa-apa tempoh perkhidmatan yang tidak serentak dengan tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira yang ganjaran itu telah dihitung tertakluk kepada subperenggan (a).
(5)
Apa-apa ganjaran yang telah dibayar kepada Anggota Pentadbiran yang ialah Ahli Dewan Rakyat apabila terbubarnya Parlimen hendaklah dipotong daripada ganjaran yang kena dibayar di bawah subperenggan (1).
(6)
Ganjaran yang kena dibayar di bawah subperenggan (1) hendaklah berasaskan gaji tertinggi yang didapati oleh Ahli dalam Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sebagaimana yang ditentukan di bawah subperenggan
(4)
.
(7)
Apa-apa ganjaran atau award tunai yang telah dibayar kepada Ahli berkenaan dengan apa-apa tempoh perkhidmatan yang dimasuk kira yang ditentukan di bawah subperenggan (4) hendaklah dipotong daripada ganjaran yang kena dibayar di bawah subperenggan (1).”;
(b)
dengan memotong perenggan 4A; dan
(c)
dalam subperenggan 5(1) dan (2), dengan memotong perkataan “atau perenggan 4A, mengikut mana-mana yang berkenaan”.
Dibuat 9 Mei 2003
[JPA/PEN/(R)228/6/6-12; PN(PU2)369/IV]
Dengan Titah Perintah
TAN SRI SAMSUDIN BIN OSMAN
Setiausaha Jemaah Menteri
1043
MEMBERS OF PARLIAMENT (REMUNERATION) ACT 1980
MEMBERS OF PARLIAMENT (REMUNERATION) (AMENDMENT OF FIRST
SCHEDULE) ORDER 2003