Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Perintah ini bolehlah dinamakan
Perintah
Cukai
Pendapatan
(Pengecualian) (No. 7) 2019.
Perintah ini disifatkan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2016 hingga tahun taksiran 2020.
s 2Tafsiran
Dalam Perintah ini—
“eksport” ertinya eksport langsung dari Malaysia hasil pertanian atau keluaran daripada pengilangan tetapi tidak termasuk—
jualan kepada mana-mana syarikat di dalam kawasan yang diisytiharkan sebagai zon bebas di bawah Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438];
jualan kepada mana-mana syarikat yang diberikan lesen untuk penggudangan atau lesen untuk menjalankan apa-apa proses pengilangan di bawah seksyen 65 atau 65A Akta Kastam 1967 [Akta 235], mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
jualan kepada mana-mana syarikat di dalam Langkawi, Labuan atau Tioman;
“hasil pertanian” ertinya buah-buahan segar dan kering, bunga-bunga segar dan kering, pokok hiasan, dan termasuk ikan hiasan, udang mentah sejuk beku, udang masak dan dibuang kulit sejuk beku, sotong katak mentah sejuk beku dan sotong mentah sejuk beku;
P.U. (A) 163 3
“pengilangan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam perenggan 9
Jadual 7A kepada Akta;
“syarikat yang layak” ertinya syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia.
Tertakluk kepada subperenggan (2) dan (3), dan perenggan 4, Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak yang mencapai peningkatan jualan eksport bagi hasil pertanian atau keluaran daripada pengilangan daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan yang diperoleh daripada jualan eksport dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.
Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:
syarikat yang layak itu mempunyai modal saham berbayar berkenaan dengan saham biasa tidak melebihi dua juta lima ratus ribu ringgit pada permulaan tempoh asas bagi suatu tahun taksiran;
hasil pertanian itu ditanam, diternak atau ditangkap oleh syarikat yang layak itu; dan
keluaran daripada pengilangan itu dikilangkan oleh syarikat yang layak itu.
Pengecualian di bawah subperenggan (1) tidak terpakai bagi eksport—
keluaran daripada pengilangan yang tertakluk kepada larangan mengenai eksport di bawah Akta Kastam 1967; dan
keluaran daripada pengilangan yang tersenarai dalam Jadual.
P.U. (A) 163 4
Amaun pendapatan yang dikecualikan di bawah perenggan 3 ialah suatu amaun yang bersamaan dengan—
sepuluh peratus daripada nilai peningkatan eksport bagi keluaran pengilangan syarikat yang layak itu jika keluaran pengilangan yang dieksport itu mencapai sekurang-kurangnya dua puluh peratus nilai tambah;
lima belas peratus daripada nilai peningkatan eksport bagi keluaran pengilangan syarikat yang layak itu jika keluaran pengilangan yang dieksport itu mencapai sekurang-kurangnya empat puluh peratus nilai tambah; atau
sepuluh peratus daripada nilai peningkatan eksport bagi hasil pertanian syarikat yang layak itu.
Walau apa pun subperenggan (1), amaun pendapatan yang dikecualikan hendaklah tidak melebihi tujuh puluh peratus daripada pendapatan berkanun syarikat yang layak itu bagi suatu tahun taksiran.
Dalam perenggan ini, “nilai tambah” ertinya harga jualan barang pada harga kilang yang ditolak jumlah kos bahan mentah.
Nilai peningkatan eksport hendaklah ditentukan berdasarkan perbezaan antara—
nilai percuma ke atas kapal bagi jualan eksport dalam suatu tempoh asas dengan nilai percuma ke atas kapal bagi jualan eksport dalam tempoh asas sebaik sebelum tempoh asas itu, jika kedua-dua tempoh asas bagi syarikat yang layak itu ialah tempoh dua belas bulan yang berakhir pada tarikh yang sama; atau
P.U. (A) 163 5
nilai percuma ke atas kapal purata bagi jualan eksport dalam suatu tempoh asas dengan nilai percuma ke atas kapal purata bagi jualan eksport dalam tempoh asas sebaik sebelum tempoh asas itu, jika kedua-dua tempoh asas bagi syarikat yang layak itu bukan tempoh dua belas bulan yang berakhir pada tarikh yang sama disebabkan pertukaran tempoh asas syarikat yang layak itu atau syarikat yang layak itu baru diperbadankan.
Bagi maksud subperenggan (1), nilai percuma ke atas kapal bagi jualan eksport dalam suatu tempoh asas atau tempoh asas sebaik sebelum tempoh asas itu hendaklah tidak bersamaan dengan sifar.
s 6Ketidakcukupan pendapatan
Jika, oleh sebab ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan berkanun, pengecualian tidak boleh diberikan atau tidak boleh diberikan sepenuhnya sebagaimana yang syarikat yang layak itu berhak di bawah perenggan 3 bagi tahun taksiran itu, maka sekian banyak daripada pendapatan berkanun yang berkenaan dengannya pengecualian tidak boleh diberikan bagi tahun taksiran itu hendaklah diberikan pengecualian bagi tahun taksiran pertama yang berikutnya bagi tempoh asas yang syarikat yang layak itu mempunyai pendapatan berkanun daripada eksport hasil pertanian atau keluaran daripada pengilangan dan bagi tahun atau tahun-tahun taksiran yang berikutnya sehinggalah pengecualian diberikan berkenaan dengan keseluruhan pendapatan berkanun sebagaimana yang syarikat yang layak itu berhak di bawah perenggan 3 tetapi hendaklah tidak melebihi tujuh puluh peratus daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran itu.
Jika syarikat yang layak menjalankan suatu aktiviti berhubung dengan eksport hasil pertanian atau keluaran daripada pengilangan dan aktiviti selain aktiviti berhubung dengan eksport hasil pertanian atau keluaran daripada pengilangan, setiap aktiviti hendaklah dikira sebagai suatu punca berasingan dan berlainan bagi aktiviti itu.
P.U. (A) 163 6
Syarikat yang layak yang diberikan pengecualian di bawah perenggan 3
hendaklah menyenggara suatu akaun yang berasingan bagi pendapatan yang diperoleh daripada setiap aktiviti yang disebut dalam subperenggan (1).
s 8Ketidakpakaian
Perintah ini tidak terpakai bagi suatu syarikat yang layak berkenaan dengan eksport hasil pertanian atau keluaran daripada pengilangan yang sama jika dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran—
syarikat yang layak itu telah diberikan elaun pelaburan semula di bawah
Jadual 7A kepada Akta atau elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan di bawah Jadual 7B kepada Akta;
syarikat yang layak itu telah diberikan apa-apa insentif di bawah
Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327];
syarikat yang layak itu telah diberikan apa-apa pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) Akta; atau
syarikat yang layak itu telah membuat suatu tuntutan bagi suatu potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali—
kaedah-kaedah berhubung dengan elaun di bawah Jadual 3 kepada Akta;
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan
Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006]; atau
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan
Cukai) 2014 [P.U. (A) 336/2014].
P.U. (A) 163 7