3. Pengecualian
Feedback & supportTertakluk kepada subperenggan (2) dan (3), dan perenggan 4, Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak yang mencapai peningkatan jualan eksport bagi hasil pertanian atau keluaran daripada pengilangan daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan yang diperoleh daripada jualan eksport dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.
Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:
syarikat yang layak itu mempunyai modal saham berbayar berkenaan dengan saham biasa tidak melebihi dua juta lima ratus ribu ringgit pada permulaan tempoh asas bagi suatu tahun taksiran;
hasil pertanian itu ditanam, diternak atau ditangkap oleh syarikat yang layak itu; dan
keluaran daripada pengilangan itu dikilangkan oleh syarikat yang layak itu.
Pengecualian di bawah subperenggan (1) tidak terpakai bagi eksport—
keluaran daripada pengilangan yang tertakluk kepada larangan mengenai eksport di bawah Akta Kastam 1967; dan
keluaran daripada pengilangan yang tersenarai dalam Jadual.
P.U. (A) 163 4