Malaysia legislation

Section 5

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 8) 2017

Seksyen 5

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 4(1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat.

(2)

Amaun pendapatan berkanun yang dikecualikan di bawah subperenggan 4(1) hendaklah tidak melebihi tujuh puluh peratus bagi setiap tahun taksiran.

(3)

Jika, oleh sebab ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan berkanun, pengecualian tidak boleh diberikan atau tidak boleh diberikan sepenuhnya sebagaimana yang syarikat yang layak itu berhak di bawah subperenggan 4(1) bagi tahun taksiran itu, maka sekian banyak daripada pendapatan berkanun yang berkenaan dengannya pengecualian tidak boleh diberikan bagi tahun taksiran itu, hendaklah diberikan pengecualian bagi tahun taksiran pertama yang berikutnya bagi tempoh asas yang syarikat yang layak itu mempunyai pendapatan berkanun daripada projek yang layak dan bagi tahun atau tahun-tahun taksiran yang berikutnya sehinggalah pengecualian diberikan berkenaan dengan keseluruhan pendapatan berkanun sebagaimana yang syarikat yang layak itu berhak di bawah subperenggan 4(1).

Penarikan balik pengecualian