Seksyen 9
Ketidakpakaian
of Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 8) 2017
Perintah ini tidak terpakai bagi suatu syarikat yang layak jika dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran—
(a)
syarikat yang layak itu telah diberikan apa-apa insentif di bawah
Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327];
(b)
syarikat yang layak itu telah membuat suatu tuntutan bagi elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A kepada Akta atau elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan di bawah Jadual 7B kepada Akta;
(c)
syarikat yang layak itu telah diberikan apa-apa pengecualian di bawah seksyen 127 Akta; atau
(d)
syarikat yang layak itu telah membuat suatu tuntutan bagi suatu potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154
Akta kecuali—
(i)
kaedah-kaedah berhubung dengan elaun di bawah Jadual 3 kepada
Akta;
(ii)
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan
Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006];
(iii)
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan
Cukai) 2014 [P.U. (A) 336/2014];
P.U. (A) 253 8
(iv)
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Elaun Modal Dipercepat)
(Kelengkapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi) 2014
[P.U. (A) 217/2014]; atau
(v)
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Elaun Modal Dipercepat)
(Kelengkapan Automasi) 2017 [P.U. (A) 252/2017].
Dibuat 25 Ogos 2017
[Perb. 0.3865/474 Vol.2; LHDN.01/10.5/64-2; PN(PU2)80/LXXXVIII]
DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai
Pendapatan 1967]
P.U. (A) 253 9
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 8) ORDER 2017