Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Jika perbelanjaan modal yang layak dilakukan oleh suatu syarikat yang layak ke atas kelengkapan automasi yang digunakan bagi maksud suatu projek yang layak dan kelengkapan automasi itu dilupuskan pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahun dari tarikh perolehan kelengkapan automasi itu, pengecualian yang diberikan berkenaan dengan amaun pendapatan berkanun yang bersamaan dengan amaun elaun bagi
P.U. (A) 253 6
perbelanjaan modal yang layak itu hendaklah ditarik balik dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang kelengkapan automasi itu dilupuskan.
(2)
Jika suatu syarikat yang layak gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan berhubung dengan pengecualian yang diberikan kepada syarikat yang layak itu di bawah subperenggan 4(1) pengecualian yang diberikan itu hendaklah ditarik balik.
(3)
Jika pengecualian ditarik balik mengikut subperenggan (1) atau (2), pengecualian yang diberikan berkenaan dengan apa-apa amaun pendapatan berkanun di bawah subperenggan 4(1) hendaklah disifatkan tidak diberikan kepada syarikat yang layak itu.
(4)
Amaun pendapatan berkanun yang berkenaan dengannya yang disifatkan tidak diberikan pengecualian di bawah subperenggan (3) hendaklah menjadi sebahagian daripada pendapatan berkanun syarikat yang layak itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang pengecualian itu telah ditarik balik.
Penentuan perbelanjaan modal yang layak bagi kelengkapan automasi yang dilupuskan kepada syarikat berkaitan 7.
(1)
Jika syarikat yang layak melupuskan kepada syarikat berkaitannya apa-apa kelengkapan automasi yang berkenaan dengannya pengecualian dimohon oleh syarikat yang layak itu di bawah Perintah ini, amaun perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat berkaitan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu jumlah yang bersamaan dengan sifar.
(2)
Bagi maksud perenggan ini, “syarikat berkaitan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Penggalakan Pelaburan 1986
[Akta 327].
Punca berasingan dan akaun berasingan