Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) (JADUAL KETIGA) (PINDAAN) 1997

Seksyen 2

Jadual Ketiga kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 adalah dipinda—

(a)

dalam subperenggan 1(1)—

(i)

dalam teks bahasa kebangsaan dengan menggantikan perkataan "lapangan" di mana-mana jua terdapat dengan perkataan "bidang"; dan

(ii)

dalam subsubperenggan (b) dengan menggantikan perkataan "kertas undi rahsia, yang dijalankan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar" dengan perkataan "kertas undi rahsia atau apa-apa cara lain yang ditentukan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar";

(b)

dalam perenggan 6—

(i)

dengan menomborkan semula subperenggan (1) sebagai perenggan 6; dan

(ii)

dengan memotong subperenggan (2); dan

(c)

dalam perenggan 7—

(i)

dengan memotong perkataan "dan" yang terdapat dihujung subsubperenggan (b);

(ii)

dalam subsubperenggan (c) dengan menggantikan noktah dengan koma bernoktah; dan

(iii)

dengan memasukkan selepas subsubperenggan (c) subsubperenggan yang berikut:

“(d) untuk memupuk semangat hidup sebagai suatu persatuan dikalangan pelajar-pelajar Institusi; dan

(e)

membantu pihak berkuasa Institusi memelihara disiplin pelajar.".

Dibuat 30 Disember 1997. [KP (PUU) S 10075/07/10; PN. $ ( \mathrm{P U}^{2} ) $ 365.]

DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK,

Menteri Pendidikan

EDUCATIONAL INSTITUTIONS (DISCIPLINE) ACT 1976

EDUCATIONAL INSTITUTIONS (DISCIPLINE) (THIRD SCHEDULE) (AMENDMENT) ORDER 1997

Section 2 — PERINTAH INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) (JADUAL KETIGA) (PINDAAN) 1997